Wednesday, 28 September 2016

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH

Image result for resepi puding roti bakar

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit (api atas bawah).. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

RESEPI TIRAMISU

RESEPI TIRAMISU

Image result for resepi tiramisu lady finger

Bahan-bahan 
Biskut Lady Finger @ Tiramisu 
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor
serbuk koko secukupnya
Sesudu nescafe / kopi / milo / mocca - mana-mana yang berkenan
Air - untuk bancuh nescafe


Cara-cara nak buat

1.  Campurkan whipping cream + cream cheese + gula castor. Putar dengan kelajuan paling perlahan dulu kalau laju terus alamat terperciklah ke muka sendiri. Dah stabil tu, putar la laju-laju sampai kembang. Dah siap, ketepikan dulu

2. Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskutnya lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan. 

Cara paling selamat, susun je terus biskut dalam bekas. Lepas tu percik-percikkan air nescafe tu sampai sebati. Kalau nak mudah gunalah bekas segi empat. 

Dah siap percik-percik nescafe, letak adunan cream cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese.

3. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko di atasnya. Nak tabur terus pun boleh tapi nanti serbuk koko tu meresap dalam cream cheese. Jadi tak berapa best.

4. Agak-agak cream cheese dah keras sikit bolehlah taburkan serbuk koko di atasnya. Disarankan gunalan penapis supaya serbuk koko itu tidak berketul-ketul dan sememeh. Taburkan sesuka hati anda, tapi jangan la melampau banyaknya, pahit pula kang. 


Thursday, 15 September 2016

RESEPI KEK SARANG SEMUT

KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini ita terangkan cara dan kaedah ita buat, manalah tau kalau ada yang senasib dengan ita. Anda juga boleh mencuba

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam


Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.