RESEPI MINI BLUEBERRY CHEESE CAKE
Perancangan nak bikin tu dah lama, asyik tertangguh aje. Pada che mat mini cheese cake lagi mudah dibikin, dah lah tu lawa pulak, comel dan kalau keluarkan pada tetamu nampak 'istimewa'. Satu lagi yang bagusnya, anda boleh taruk apa2 perisa atas cheese cake tadi. Blueberry boleh, strawberry boleh, raspberry boleh, mangga boleh atau kalau nak guna salted caremel pun ok. Nak lagi innovatif, guna coklat ganache dan taruk sebiji coklat ferrero rocher atas dia....boleh pengsan okeh!!. Resipi amat2 mudah dibuat dan untuk base tu che mat guna biskut oreo, anda boleh bole guna biskut marie, digestive cookies atau boleh guna shortbread cookies. Che mat guna muffin tin berlubang 12 yang setiap satu berkapisit 100 ml. Pastikan anda lapis dengan 2 keping papercup untuk setiap satu lubang. Ok, jomm kita lihat resipi.
BAHAN - BAHAN BAWAH :-)
1 bungkus biskut oreo
1/2 camca besar gula kastor
3 camca besar rata mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam (kalau guna salted butter, tak perlu garam)
BAHAN - BAHAN FILLING :-)
500 gram philadelphia cream cheese atau cream cheese pilihan anda
1/3 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 biji lemon, parut kulitnya (bahagian kuning sahaja)
2 biji telur gred A
1/4 cawan whipping cream
Secubit garam
BAHAN HIASAN :-)
Blueberry filling secukupnya
Blueberry segar secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Asingkan krim biskut oreo, kemudian kisar biskut tadi halus menggunakan food processor atau anda boleh masukkan dalam plastik bersih, dan ketuk2kan biskut oreo tadi guna torak (rolling pin) hingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk, tambah gula kastor, garam (jika guna) dan mentega cair. Gaul rata dengan hujung jari hingga mendapat teksture seperti 'pasir lembap'. Alas tin muffin berlubang 12 dengan papercup (pastikan paper cup sama saiz dengan acuan muffin). Bahagikan sama rata serbuk biskut tadi (kurang lebih 1 camca besar penuh untuk setiap satu acuan). Kemudian tekan hingga padat, guna jari pun boleh. Ketepikan.
- UNTUK FILLING :- Gaul gula kastor dengan parutan kulit lemon hingga rata dan ketepikan. Putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula kastor tadi dan putar hingga gebu dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati. Masukkan whipping cream. garam dan esen vanilla. Putar rata dan matikan mixer. Gaul dengan spatula untuk memastikan tiada cream cheeese yang melekat didasar mangkuk pengadun.
- UNTUK MINI BLUEBERRY CHEESE CAKE :- Tuang filling dalam setiap papercup tadi, pastikan semua sama banyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C, selamat 25 minit. Pastikan anda bakar pada rak tengah oven. Bila kek masak, biar sekejap dalam oven selamar 20 minit, keluarkan dan biar sejuk. Kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Sebelum dihidangkan, anda boleh sudukan blueberry filling atas kek tadi dan hias dengan blueberry segar.....Selamat mencuba!!
CATATAN MAT GEBU :- Masa membakar, kek akan naik tinggi sedikit dan ada kala akan merekah, kemudian bila masak, ia akan turun dan lekuk. Toksah khuatir, memang kejadian dia macam tu dan ia nampak lebih comel bila bahagian atas yang lekuk tadi anda hiaskan dengan topping blueberry seperti dalam gambar....