Thursday, 25 August 2016

RESEPI BAKED CHEESE CAKE

Resepi Kek Keju Bakar

Bahan-bahan (untuk acuan bulat 7 inci) 
250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura), biarkan lembut sedikit pada suhu bilik
100 ml whipping cream - saya pakai Anchor UHT 
2 biji telur
3/4 cawan gula, saya guna 1/2 cawan sahaja
2 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon, saya guna 1 sudu besar sunquick lemon (botol hijau)
2-3 sudu besar filling blueberry

Bahan lapisan biskut
150 gm biskut marie - saya pakai jenama Munchy's, Biskut tu kalau tak cukup boleh tambah, kalau terlalu banyak dan tebal boleh kurangkan
125 gm butter dicairkan

Cara penyediaan

Biskut marie dikisar halus menggunakan pengisar kering. Gaul dengan butter yang telah cair dan kacau rata. Ratakan kedalam spring form loose pan atau apa sahaja acuan yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Tekan sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Oven dipanaskan pada suhu 150C. Letak dulang oven (dulang penahan minyak selalunya dibahagian bawah) di rak paling bawah oven. Lapis kedua paling bawah ialah rak besi untuk letak dulang kek.
Dalam mangkuk pemutar, satukan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila dan sunquick lemon. Putar sehingga sebati

Masukkan telur sebiji demi sebiji

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul

Tuang adunan kedalam acuan yang telah diletakkan lapisan biskut marie tadi. Sudukan bluerrry filling sedikit keatas adunan, dan buat putaran pakai pisau. Buat sehingga habis blueberry filling (macam buat corak marble diatas kek)

Letak acuan berisi adunan kek diatas rak besi. Bahagian dulang bawah paling bawah pula tuang air panas mendidih tetapi jangan terlalu penuh sampai tumpah pulak. Ini akan menghalang lapisan biskut bawah tu hangus dan kek keju pula tak akan terlalu kering apabila dibakar. Kaedah bakar ni dipanggil bain marie.

Salah satu cara lagi ialah dengan membungkus bahagian bawah acuan kek dengan aluminium foil dan boleh letakkan terus didalam dulang berisi air.

Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga adunan kek masak. Nak tahu masak bila cucuk kek tester, tiada lagi cecair akan melekat, sebaliknya ada gumpalan kecil... maknanya dah ok la tu dan boleh stop oven.

Biar kek sejuk sendiri dalam oven sehingga betul-betul sejuk. Ini supaya kek tidak merekah dibahagian atas akibat perubahan suhu yang mendadak. Tengok kek saya ada retak sikit bahagian atas kerana tidak cukup sejuk dah keluar dari oven.

Masukkan kek didalam acuan kek terus ke dalam peti sejuk dan biarkan selama semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan.

Boleh hias dengan filling blueberry diatasnya.

Wednesday, 24 August 2016

RESEPI NO BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE

NO BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE 

Bahan-bahan 

(loyang bulat 8") 


Bahan-bahan A 
250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) Akak guna Oreo! 
125 gm mentega tanpa garam 

Bahan-bahan B 
200 ml krim putar(whipping cream) 
250 gm krim keju 
165 gm gula kastor ( Akak guna 125 gm gula halus) 
1 sudu besar jus lemon 

Bahan-bahan C 
15 gm gelatin halal 
100ml air 
>> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min 

Topping Blueberry 
topping secukupnya 

Cara-cara:- (ini untuk buat base) 
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. 
Sediakan loyang bulat 8in. (8 " spring foam) 
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. 
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. 
Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras. 

Cara-cara untuk prepare cheese cake fillings : 
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan. 
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. 
Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. 
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan adunan krim cheese tadi ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam. 
Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. 
Tuangkan kuah topping hingga habis. (Akak guna blueberry topping dari tin jer....just double boil sekejap then simbah jer atas kek tu!)Sejukkan semula. Potong dan hidangkan. 

RESEPI CREAM PUFF SUKATAN CAWAN

CREAM CUSTARD

Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla

Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff

CREAM PUFF

Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi) 

Tuesday, 23 August 2016

RESEPI BISKUT SUSU

BISKUT SUSU


Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

  • 250grm tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • perwarna -ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu>dalam sebuah bekas,tuangkan tepung..kemudian baru tuang susu pekat sedikit demi sedikit sambil digaul dengan sudu.
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .>bila dah nak jadi doh baru uli dengan tangan..jadi tak ada masalah melekit..
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
Ini yang dimaksudkan dalam cara no 1 dan 2..lepas dah nampak susu dan tepung dah bergaul gini di sinilah perlunya marjerin untuk menjadikannya doh..
Bila dah jadi doh..boleh laa warnakan dan bentuk ikut suka..sue buat bentuk bulat/leper sikit dan tekan dengan garfu untuk membentuk garisan..
Biskut nih perisa susu..nama pun biskut susu..hehee..ia gebu n agak rapuh juga.. Cair di mulut.
tapi yang sue nak ketengahkan nih bukan rasa biskut nih,tapi part nak menguli tuh jer..
Penggemar biskut susu nih boleh laa try yer..yang dah mencuba dan tak jadi tuh jangan putus asa...
Kadang2 yang bagi resepi susah nak explain macam mana nak bagi sukatan bahan dengan tepat..

P/s: Harap jika kawan2 lain ada cadangan boleh laa diutarakan yer.. sue pun amatur juga nih..rasanya kalo tambah susu tepung best gak kan..heh

DANISH BUTTER COOKIES



Danish Butter Cookies
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
125 gm mentega
45 gm gula icing
140 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil butter/esen vanilla
Chocolate chip/kismis/cherry - hiasan

Cara cara:
Putar mentega dan gula icing hingga berkrim. Masukkan butter oil diikuti dengan tepung.

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Bentukkan dalam apa bentuk yang disukai dan susun ke dalam dulang.


RESEPI CHOCOLATE CUPCAKE BAKAR

RESEPI CHOCOLATE CUPCAKE BAKAR

Resepi Cupcake Coklat Bakar





BAHAN-BAHAN

6 sudu makan minyak zaitun
2 sudu teh ekstrak vanilla
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/4 cawan serbuk koko tanpa gula
1 sudu makan cuka putih
1 cawan kopi yang dibancuh atau 1 1/2 serbuk teh ekspreso dicampur dengan 1 cawan air suam
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil baking soda
Aising Cupcake
3 sudu besar susu
4 sudu besar mentega
1 1/2 cawan gula serbuk
1 sudu besar ekstrak vanila
1/3 cawan serbuk koko tanpa gula
Cara Penyediaan Cupcake Coklat
Resepi Cupcake Coklat Bakar

#1: panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius kemudian sediakan muffin pan dengan pelapis cupcake.

#2: campurkan gula, baking powder, serbuk koko, tepung, dan garam sehingga sebati. kemudian sediakan bekas berlainan dan masukan ekstrak vanila, minyak zaitun, cuka, air serbuk kopi.

#3: tuangkan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering kemudian kacau sehingga sebati dan juga berketul-ketul.

#4: selepas tu pindahkan adunan ke bekas cupcake, kira-kira 2/3 daripada ketinggian wadah cupcake dan masukan ke dalam ketuhar, bakar selama lebih kurang 20 minit.

#5: periksa memakai garpu dan bila cucukan bersih tiada baki yang tertinggak tandanya dah masak. keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 4 minit.

Aising Cupcake Coklat

#1: ketika cupcake sedang dibakar, bonda boleh sediakan aising. cairkan mentega gunakan periuk kecil dan keluarkan bila mentega dah cair. kemudian campurkan koko dan pukul sehingga sebati.

#2: masukan 1/3 gula dan setengah susu kemudian kacau dan pukul berterusan. selang-seli campurkan adunan dengan vanila, gula dan susu.

#3: pukul sehingga adunan licin dan sebati. jika adunan terlalu likat tambahkan susu dan vanila. bila adunan terlalu licin tambahkan gula.

#4: pindahkan aising pada cupcake coklat dan sejukan. kemudian hias cupcake coklat sesuka hati bonda.

CHEWY CHOCOLATE CHIPS COOKIES

CHEWY CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan-bahan


115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita


Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai


Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar


Sesuai untuk kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini nanti..
Selamat mengookies..

RESEPI RED VELVET CUPCAKE

RESEPI RED VELVET CUPCAKE


RED VELVET CUPCAKES - Gebu dan menjadi
Bahan A
1 cawan buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka

Bahan B
2 ¼ cawan tepung gandum 
2 sudu besar serbuk coklat
1 ½ sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan C
¾ cawan mentega
1 cawan gula kastor
3 biji telur gred C

* Untuk menghasilkan buttermilk campurkan 1 sudu besar cuka atau jus lemon kedalam 1 cawan susu segar. Biarkan selama 10 minit sebelum ke proses seterusnya.

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 170 C dan sediakan acuan muffin serta lapik dengan cawan kertas. 

2. Campurkan buttermilk, pewarna merah, esen vanilla dan cuka kedalam mangkuk dan kacau hingga bercampur. Ketepikan seketika.

3. Di dalam mangkuk yang lain campurkan tepung, serbuk coklat, baking soda dan garam. Ketepikan juga.
4. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk besar dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil di pukul.
5. Seterusnya selang seli masukkan tepung dan cecair iaitu di mulai dengan tepung dan di akhiri dengan tepung juga. Jangan terlebih pukul dan cukup sekadar adunan bercampur sahaja.
6. Isikan cawan cup cakes dengan adunan dan bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga masak. Apabila telah sejuk, bolehlah di hias dengan krim keju.

TOPPING  
1/2  cawan cream cheese
1/2  cawan mentega tawar
1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula ising 

Cara membuatnya :

Masukkan cream cheese, mentega dan esen vanilla dan di pukul rata.

Masukkan pula gula sambil di pukul hingga gebu dan berkrim. Siap untuk di hias di atas kek.

Friday, 19 August 2016

RESEPI BUTTER CAKE

Resepi Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota:
Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.


 

Tuesday, 9 August 2016

RESEPI CREAM PUFF SUKATAN CAWAN

 
Resepi Cream Puff

CREAM CUSTARD


Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla
Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff
CREAM PUFF
Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam
Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)  
 
Selamat mencuba!

RESEPI CREAM PUFF PALING GEBU, LEMBUT, SEDAP!

RESEPI CREAM PUFF PALING GEBU, LEMBUT, SEDAP!

Assalamualaikum..Haaa.. teman nak share resepi Cream Puff ni pulak.. huhu.. bukan teman yang punya resepi tauu.. teman cuma copy n paste aje kat blog ni sebab nanti senang nak tengok balik kalau nak buat nanti..heee.. bila la nak membuatnya kot.. oven pun tak beli lagik.. guna Pemanggang Ajaib buleh kaaa?? Ok, jom tengok Resepi Cara buat Cream Puff yang sedap gebu lembut ni.. insyaallah jika guna teknik yang betul cream puff akan naik gebu... Resepi ini dr myresepi juga oleh zaliana untuk puff dan filling dari yani (myresepi) barakallahu fik...
Resepi dari Facebook
Tahrunnisah Jali

Bahan-bahan puff 
( menghasilkan 35 biji )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air 
1 sudu teh gula 
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur (telur ni kalau saiz L 3 biji tp kalau saiz kecik jadikan 4 biji)

Bahan-bahan untuk filling Kastard
(dibuat terlebih dahulu sblm puffnya)

2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cup susu segar (240ml X2)
2 biji telur (L size)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar mentega
secubit pewarna kuning

Cara-cara utk filling
1.Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan 
kacau.
3. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk... masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus...masak sehingga ia pekat berkilat dan padam api.. masukkan mentega. Kacau

4. sejukkan filling sebelum dimasukkan ke dalam piping bag..


Cara-cara untuk buat puff

1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.Sejukkan

2. Pukul semua telur dlm bekas lain terlebih dahulu. saya guna pemukul tangan Adunan tepung tadi pula letak dlm bekas lain (tgok gambar) kemudian masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan tepung ..mix sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 25-30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah. kedudukan dulang biarlah ditengah2 supaya permukaan dan bawah cream puff sekata masaknya dan suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. 

5. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. jangan bukak oven sebelum tamat tempoh ye..kalau tak mmg puff turun melepek...

6. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling


Kalau Tak Paham Gak, Jom Tengok Gambo aje.. kat bawah nya ada penerangan sekali..
 bahan untuk filling kastard 
 masak atas dapur je kacau selalu ye...supaya tidak berkerak dan hangus
 Bahan utk puff pula 
 gula, butter dan air masak hingga mendidih
setelah mendidih adunan butter masukkan adunan tepung ..alihkan dr api kacau hingga ia sebati... 
setelah sebati alihkan semula ke tempat api ..masak sekejap sehingga jd mcm dlm gambar ni.. masak kejap je 
pukul terlebih dahulu telor2 ni..saya guna pemukul tangan je 
 masukkan adunan tepung yang telah dimasak tadi dlm bekas mixer dan masukkan telor sedikit demi sedkit..masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati 
 hingga menjadi mcm ni 
 dlm dulang pembakar letakkan aluminium foil dan oleskan dgn sedikit butter ... 
masukkan butter tuk puff dlm piping bag dan juga filling kastard dlm piping bag.. 
sebelum tu panaskan oven selama 10 minit 200cc
 Bentuk Noozle
 nampak muncung2 puff tu kan...tekan sikit supaya hasilnya nanti pun cantik
 kemudian spray ke atas puff tadi..
spray dgn air utk membantu proses pengembangan yang baik masa bakar
 sblm pembakaran
 setelah masak 
 Kegebuan teserlah..
 nilah hasilnya dlm puff berlubang
 gunting sikit puff dan masukkan filling kastard