Monday, 10 October 2016

RESEPI MINI BLUEBERRY CHEESE CAKE

RESEPI MINI BLUEBERRY CHEESE CAKE

rsz_mini_blueberry_cheese_cake1
Perancangan nak bikin tu dah lama, asyik tertangguh aje. Pada che mat mini cheese cake lagi mudah dibikin, dah lah tu lawa pulak, comel dan kalau keluarkan pada tetamu nampak 'istimewa'. Satu lagi yang bagusnya, anda boleh taruk apa2 perisa atas cheese cake tadi. Blueberry boleh, strawberry boleh, raspberry boleh, mangga boleh atau kalau nak guna salted caremel pun ok. Nak lagi innovatif, guna coklat ganache dan taruk sebiji coklat ferrero rocher atas dia....boleh pengsan okeh!!. Resipi amat2 mudah dibuat dan untuk base tu che mat guna biskut oreo, anda boleh bole guna biskut marie, digestive cookies atau boleh guna shortbread cookies. Che mat guna muffin tin berlubang 12 yang setiap satu berkapisit 100 ml. Pastikan anda lapis dengan 2 keping papercup untuk setiap satu lubang. Ok, jomm kita lihat resipi.

BAHAN - BAHAN BAWAH :-)
1 bungkus biskut oreo
1/2 camca besar gula kastor
3 camca besar rata mentega, cair dan sejukkan
Secubit garam (kalau guna salted butter, tak perlu garam)

BAHAN - BAHAN FILLING :-)
500 gram philadelphia cream cheese atau cream cheese pilihan anda
1/3 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla
1 biji lemon, parut kulitnya (bahagian kuning sahaja)
2 biji telur gred A
1/4 cawan whipping cream
Secubit garam

BAHAN HIASAN :-)
Blueberry filling secukupnya
Blueberry segar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN BAWAH :- Asingkan krim biskut oreo, kemudian kisar biskut tadi halus menggunakan food processor atau anda boleh masukkan dalam plastik bersih, dan ketuk2kan biskut oreo tadi guna torak (rolling pin) hingga hancur. Masukkan ke dalam mangkuk, tambah gula kastor, garam (jika guna) dan mentega cair. Gaul rata dengan hujung jari hingga mendapat teksture seperti 'pasir lembap'. Alas tin muffin berlubang 12 dengan papercup (pastikan paper cup sama saiz dengan acuan muffin). Bahagikan sama rata serbuk biskut tadi (kurang lebih 1 camca besar penuh untuk setiap satu acuan). Kemudian tekan hingga padat, guna jari pun boleh. Ketepikan.
  2. UNTUK FILLING :- Gaul gula kastor dengan parutan kulit lemon hingga rata dan ketepikan. Putar cream cheese hingga lembut, masukkan gula kastor tadi dan putar hingga gebu dan gula hancur. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati. Masukkan whipping cream. garam dan esen vanilla. Putar rata dan matikan mixer. Gaul dengan spatula untuk memastikan tiada cream cheeese yang melekat didasar mangkuk pengadun.
  3. UNTUK MINI BLUEBERRY CHEESE CAKE :- Tuang filling dalam setiap papercup tadi, pastikan semua sama banyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C, selamat 25 minit. Pastikan anda bakar pada rak tengah oven. Bila kek masak, biar sekejap dalam oven selamar 20 minit, keluarkan dan biar sejuk. Kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Sebelum dihidangkan, anda boleh sudukan blueberry filling atas kek tadi dan hias dengan blueberry segar.....Selamat mencuba!!
CATATAN MAT GEBU :- Masa membakar, kek akan naik tinggi sedikit dan ada kala akan merekah, kemudian bila masak, ia akan turun dan lekuk. Toksah khuatir, memang kejadian dia macam tu dan ia nampak lebih comel bila bahagian atas yang lekuk tadi anda hiaskan dengan topping blueberry seperti dalam gambar....

Wednesday, 5 October 2016

RESEPI PAU CENDAWAN

RESEPI PAU CENDAWAN


RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL

untk inti...
-2 bji bawang holand
-1 tin cendawan butang
-Isi ayam potong kecil
-3 sdu butter utk tumis
-2 cubit lada hitam yg serbuk
-1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
-3 keping keju cheesedale
-3 biji kentang parut
-1biji carrot parut jugak
-Satu sudu kecil serbuk ayam tumix

Cara2
-Tumis bawang sampai layu,
-Masukkan ayam tggu separuh masak
-Lepas tu masukkan kentang dan carrot tggu sampai lembut
-Dah lembut masukkan sup cendawan tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
-Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....


Untuk bancuhan coklat
-2 sudu serbuk coklat
-2 sudu tepung beras
-Sedikit air untuk bncuh...bncuh macam korang bncuh water colour tu..tk pekat sgt tak cair sgt...

Utk Doh
-300grm tepung pau
-Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
-Setengah paket yis mauripan
-2sudu bsr gula
-2sdu besar susu
-1 sudu besar shortening
-2 sdu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam
-Lepas tu masukkan serbuk yis..tgu 15 minit atau smpai yis kembang naik buih...
-Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap then tambah shortening
-Kemudian uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit....
-Dah rehat dn kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap
-Dah lembut bahagikan doh kepada 10...ambik sikit doh simpan utk buat batang cendawan...
-Doh yg korang bahagikan tadi boleh lar isi dgn inti...dh isi inti sapukan bahagian atas dgn coklat cayor tadi dgn memnggunakan berus...tggu 40 minit baru kukus...
-Kukus dgn api besar selama 10minit ....penutup kukus tu balut dgn kain...
-Kukus batang pau yg telah digentel sekali...dh masak buat lobang belakang pau, pastu celup btang pau dgn coklat cair tadi..baru cocok kan batang cendawan dlam lubang bahagian bawah pau tu...pastu kukus lagi 5 minit..

Wednesday, 28 September 2016

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH

RESEPI PUDING ROTI BERKUAH

Image result for resepi puding roti bakar

Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis

Bahan-bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla


CARA-CARA

1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, kacau guna mixer je, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain.. 

2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..

3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit (api atas bawah).. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

Untuk sos kastard:
satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..

RESEPI TIRAMISU

RESEPI TIRAMISU

Image result for resepi tiramisu lady finger

Bahan-bahan 
Biskut Lady Finger @ Tiramisu 
250ml whipping cream
250g cream cheese
1/2 cawan gula castor
serbuk koko secukupnya
Sesudu nescafe / kopi / milo / mocca - mana-mana yang berkenan
Air - untuk bancuh nescafe


Cara-cara nak buat

1.  Campurkan whipping cream + cream cheese + gula castor. Putar dengan kelajuan paling perlahan dulu kalau laju terus alamat terperciklah ke muka sendiri. Dah stabil tu, putar la laju-laju sampai kembang. Dah siap, ketepikan dulu

2. Bancuh nescafe tanpa gula. Celupkan biskut ke dalam nescafe, jangan lama-lama nanti biskutnya lembik dan hancur di dalam nescafe. Kena celup terus keluarkan. 

Cara paling selamat, susun je terus biskut dalam bekas. Lepas tu percik-percikkan air nescafe tu sampai sebati. Kalau nak mudah gunalah bekas segi empat. 

Dah siap percik-percik nescafe, letak adunan cream cheese tadi di atasnya. Kemudian letak lagi biskut, percikkan nescafe, letak lagi cream cheese.

3. Boleh masukkan dalam peti sejuk kejap sebelum tabur serbuk koko di atasnya. Nak tabur terus pun boleh tapi nanti serbuk koko tu meresap dalam cream cheese. Jadi tak berapa best.

4. Agak-agak cream cheese dah keras sikit bolehlah taburkan serbuk koko di atasnya. Disarankan gunalan penapis supaya serbuk koko itu tidak berketul-ketul dan sememeh. Taburkan sesuka hati anda, tapi jangan la melampau banyaknya, pahit pula kang. 


Thursday, 15 September 2016

RESEPI KEK SARANG SEMUT

KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini ita terangkan cara dan kaedah ita buat, manalah tau kalau ada yang senasib dengan ita. Anda juga boleh mencuba

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam


Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.


Thursday, 25 August 2016

RESEPI BAKED CHEESE CAKE

Resepi Kek Keju Bakar

Bahan-bahan (untuk acuan bulat 7 inci) 
250gm cream cheese (saya gunakan jenama Tatura), biarkan lembut sedikit pada suhu bilik
100 ml whipping cream - saya pakai Anchor UHT 
2 biji telur
3/4 cawan gula, saya guna 1/2 cawan sahaja
2 sudu besar tepung
1 sudu besar jus lemon, saya guna 1 sudu besar sunquick lemon (botol hijau)
2-3 sudu besar filling blueberry

Bahan lapisan biskut
150 gm biskut marie - saya pakai jenama Munchy's, Biskut tu kalau tak cukup boleh tambah, kalau terlalu banyak dan tebal boleh kurangkan
125 gm butter dicairkan

Cara penyediaan

Biskut marie dikisar halus menggunakan pengisar kering. Gaul dengan butter yang telah cair dan kacau rata. Ratakan kedalam spring form loose pan atau apa sahaja acuan yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Tekan sehingga rata dan padat. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Oven dipanaskan pada suhu 150C. Letak dulang oven (dulang penahan minyak selalunya dibahagian bawah) di rak paling bawah oven. Lapis kedua paling bawah ialah rak besi untuk letak dulang kek.
Dalam mangkuk pemutar, satukan cream cheese, whipping cream, gula, esen vanila dan sunquick lemon. Putar sehingga sebati

Masukkan telur sebiji demi sebiji

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul

Tuang adunan kedalam acuan yang telah diletakkan lapisan biskut marie tadi. Sudukan bluerrry filling sedikit keatas adunan, dan buat putaran pakai pisau. Buat sehingga habis blueberry filling (macam buat corak marble diatas kek)

Letak acuan berisi adunan kek diatas rak besi. Bahagian dulang bawah paling bawah pula tuang air panas mendidih tetapi jangan terlalu penuh sampai tumpah pulak. Ini akan menghalang lapisan biskut bawah tu hangus dan kek keju pula tak akan terlalu kering apabila dibakar. Kaedah bakar ni dipanggil bain marie.

Salah satu cara lagi ialah dengan membungkus bahagian bawah acuan kek dengan aluminium foil dan boleh letakkan terus didalam dulang berisi air.

Bakar lebih kurang 30-40 minit sehingga adunan kek masak. Nak tahu masak bila cucuk kek tester, tiada lagi cecair akan melekat, sebaliknya ada gumpalan kecil... maknanya dah ok la tu dan boleh stop oven.

Biar kek sejuk sendiri dalam oven sehingga betul-betul sejuk. Ini supaya kek tidak merekah dibahagian atas akibat perubahan suhu yang mendadak. Tengok kek saya ada retak sikit bahagian atas kerana tidak cukup sejuk dah keluar dari oven.

Masukkan kek didalam acuan kek terus ke dalam peti sejuk dan biarkan selama semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan.

Boleh hias dengan filling blueberry diatasnya.

Wednesday, 24 August 2016

RESEPI NO BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE

NO BAKE BLUEBERRY CHEESE CAKE 

Bahan-bahan 

(loyang bulat 8") 


Bahan-bahan A 
250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) Akak guna Oreo! 
125 gm mentega tanpa garam 

Bahan-bahan B 
200 ml krim putar(whipping cream) 
250 gm krim keju 
165 gm gula kastor ( Akak guna 125 gm gula halus) 
1 sudu besar jus lemon 

Bahan-bahan C 
15 gm gelatin halal 
100ml air 
>> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min 

Topping Blueberry 
topping secukupnya 

Cara-cara:- (ini untuk buat base) 
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. 
Sediakan loyang bulat 8in. (8 " spring foam) 
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. 
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. 
Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras. 

Cara-cara untuk prepare cheese cake fillings : 
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan. 
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. 
Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. 
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan adunan krim cheese tadi ke atas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam. 
Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. 
Tuangkan kuah topping hingga habis. (Akak guna blueberry topping dari tin jer....just double boil sekejap then simbah jer atas kek tu!)Sejukkan semula. Potong dan hidangkan. 

RESEPI CREAM PUFF SUKATAN CAWAN

CREAM CUSTARD

Bahan-bahan
1sdb tepung gandum
1sdb tepung custard
200ml susu segar
4 sdb gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sdb marjerin/butter
1/2 sdt esen vanilla

Cara penyediaan
1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul
2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.
3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.
4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.
5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff

CREAM PUFF

Bahan-bahan
1 cwn tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cwn butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) bersamaan = 200ml telur > dipukul sebati
1 sdt esen vanilla
1sdb gula
secubit garam

Cara penyediannya
1-  Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair
2-  Kemudian masukkan gula dan garam
3-  Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk. 
4-  Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.
5-  Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)
6-  Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang. 
7-  Paipkan adunan bentuk rosset  di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat. 
8-  Spray permukaan doh/rosset dengan air
9-  Bakar pada suhu 200’c selama 15minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan.. (Nina tak belah cream puff tapi Nina masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi) 

Tuesday, 23 August 2016

RESEPI BISKUT SUSU

BISKUT SUSU


Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

  • 250grm tepung jagung
  • 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
  • 1 sudu baking powder
  • butter /marjerin untuk uli tepung
  • perwarna -ikut suka

Cara-cara

  1. Gaulkan tepung + susu>dalam sebuah bekas,tuangkan tepung..kemudian baru tuang susu pekat sedikit demi sedikit sambil digaul dengan sudu.
  2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .>bila dah nak jadi doh baru uli dengan tangan..jadi tak ada masalah melekit..
  3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
  4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar
  5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..
Ini yang dimaksudkan dalam cara no 1 dan 2..lepas dah nampak susu dan tepung dah bergaul gini di sinilah perlunya marjerin untuk menjadikannya doh..
Bila dah jadi doh..boleh laa warnakan dan bentuk ikut suka..sue buat bentuk bulat/leper sikit dan tekan dengan garfu untuk membentuk garisan..
Biskut nih perisa susu..nama pun biskut susu..hehee..ia gebu n agak rapuh juga.. Cair di mulut.
tapi yang sue nak ketengahkan nih bukan rasa biskut nih,tapi part nak menguli tuh jer..
Penggemar biskut susu nih boleh laa try yer..yang dah mencuba dan tak jadi tuh jangan putus asa...
Kadang2 yang bagi resepi susah nak explain macam mana nak bagi sukatan bahan dengan tepat..

P/s: Harap jika kawan2 lain ada cadangan boleh laa diutarakan yer.. sue pun amatur juga nih..rasanya kalo tambah susu tepung best gak kan..heh

DANISH BUTTER COOKIES



Danish Butter Cookies
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
125 gm mentega
45 gm gula icing
140 gm tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil butter/esen vanilla
Chocolate chip/kismis/cherry - hiasan

Cara cara:
Putar mentega dan gula icing hingga berkrim. Masukkan butter oil diikuti dengan tepung.

Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Bentukkan dalam apa bentuk yang disukai dan susun ke dalam dulang.


RESEPI CHOCOLATE CUPCAKE BAKAR

RESEPI CHOCOLATE CUPCAKE BAKAR

Resepi Cupcake Coklat Bakar





BAHAN-BAHAN

6 sudu makan minyak zaitun
2 sudu teh ekstrak vanilla
1 1/2 cawan tepung serba guna
1/4 cawan serbuk koko tanpa gula
1 sudu makan cuka putih
1 cawan kopi yang dibancuh atau 1 1/2 serbuk teh ekspreso dicampur dengan 1 cawan air suam
1 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil baking soda
Aising Cupcake
3 sudu besar susu
4 sudu besar mentega
1 1/2 cawan gula serbuk
1 sudu besar ekstrak vanila
1/3 cawan serbuk koko tanpa gula
Cara Penyediaan Cupcake Coklat
Resepi Cupcake Coklat Bakar

#1: panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius kemudian sediakan muffin pan dengan pelapis cupcake.

#2: campurkan gula, baking powder, serbuk koko, tepung, dan garam sehingga sebati. kemudian sediakan bekas berlainan dan masukan ekstrak vanila, minyak zaitun, cuka, air serbuk kopi.

#3: tuangkan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering kemudian kacau sehingga sebati dan juga berketul-ketul.

#4: selepas tu pindahkan adunan ke bekas cupcake, kira-kira 2/3 daripada ketinggian wadah cupcake dan masukan ke dalam ketuhar, bakar selama lebih kurang 20 minit.

#5: periksa memakai garpu dan bila cucukan bersih tiada baki yang tertinggak tandanya dah masak. keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 4 minit.

Aising Cupcake Coklat

#1: ketika cupcake sedang dibakar, bonda boleh sediakan aising. cairkan mentega gunakan periuk kecil dan keluarkan bila mentega dah cair. kemudian campurkan koko dan pukul sehingga sebati.

#2: masukan 1/3 gula dan setengah susu kemudian kacau dan pukul berterusan. selang-seli campurkan adunan dengan vanila, gula dan susu.

#3: pukul sehingga adunan licin dan sebati. jika adunan terlalu likat tambahkan susu dan vanila. bila adunan terlalu licin tambahkan gula.

#4: pindahkan aising pada cupcake coklat dan sejukan. kemudian hias cupcake coklat sesuka hati bonda.

CHEWY CHOCOLATE CHIPS COOKIES

CHEWY CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Bahan-bahan


115 gm butter tanpa garam
120 gm ( 1/2 cawan ) gula halus putih
90 gm ( 1/2 cawan ) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka


Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak

Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata - Azlita


Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai


Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar


Sesuai untuk kudapan anak-anak sepanjang cuti sekolah ini nanti..
Selamat mengookies..