Wednesday, 29 June 2016

RESEPI KEK COKLAT MOIST VERSI PEMANGGANG AJAIB

Assalamualaikum..

Misi hari ni ummie nak buat kek coklat moist versi pemanggang ajaib..


KEK COKLAT MOIST PEMANGGANG AJAIB
Resepi Asal: jintan manis.com

Bahan-bahanya.

2 cawan tepung gandum 
2sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko(vav hauten)
1 cawan gula 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan air suam
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

untuk toping dan hiasan
1/2 bar coklat masakan + 2 sudu besar butter 1/2 sudu besar gula halus dan sedikit esen vanila, guna kaedah double boiler kemudian curahkan keatas kek yg dah sejuk bolehlah hiaskan dgn coklat chip/ coklat rice.

cara-caranya
1. Ayak tepung gandumbersama serbuk koko,baking owder dan baking soda,ketipikan

2. Dengan mengunakan mixer, pukul telur dan gula hingga kembang dan gula hancur

3. Masukan pula tepung yang siap diayak tadi, sedikit demi sedikit, berselang seli dengan air suam, kacau mengunakan senduk / spatula, kemudian masukan esen vanilla,susu pekat dan minyak masak, kacau hingga sebati.

4. curahkan ke dalam pemanngang ajaib, bakar atas dapur gas selama 15- 20 minit mengunakan api kecil..

5. Tunggu kek sejuk baru curahkan toping dan hiasan..selamat mencuba!

Sumber dari Encik Google

RESEPI SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

Assalamualaikum..

Salam 24 Ramadhan..sekejap je rasa nak habis bulan Ramadhan dah..seminggu je lagi nak beraya tapi ummie langsung xde persiapan raya lagi..baju satu pun tak beli lagi..sama je macam tahun2 sebelum ni..semua beli last minit..hihi

Hari ni ummie nak share menu berbuka semalam..kalau buat sambal udang rasa macam tak lengkap je kalau tak ada petai..jom kita tengok resepi ringkas Sambal Tumis Udang dengan Petai ni..


SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI

Bahan-bahan
Udang
5 ulas bawang merah -blend/tumbuk
3 ulas bawang putih -blend/tumbuk
1 ulas bawang besar - hiris bulat
3 sudu besar cili giling
1 asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
Garam
Gula

Cara memasak 

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih yang ditumbuk. Kemudian masukkan cili giling. Tumis sehingga cili benar benar masak.

Masukkan sedikit gula dan dikacau lagi. Masukkan sedikit air,bawang besar dan petai. Apabila petai agak lembut, masukkan udang dan dikacau rata sehingga udang masak.

Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dari dapur




nota kaki: Sambal udang dengan petai ni makan dengan nasi panas memang tak pandang kiri kanan dah..

Tuesday, 28 June 2016

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS

Assalamualaikum..

Cerita pasal Biskut Famous Amos..dulu ummie pernah buat biskut ni untuk dijadikan doorgift masa ummie n encik somie brtunang..tp masa tu ummie beli tepung segera je..senang..rasa dia mmg sebijik mcm Biskut Famous Amos yg jual kt kedai tu..kali ni ummie nk share resepi Biskut Famous Amos dari Azie Kitchen..


BISKUT FAMOUS AMOS
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




Nota kaki:
1.  Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)
2. Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 
3. Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.




Monday, 27 June 2016

RESEPI PUDING MILO BERLAPIS OREO

Assalamualaikum...



RESEPI PUDING MILO BERLAPIS OREO
Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
750ml Air
140g gula
1 tin @ 400g Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara memasak:
Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.




TIPS UNTUK MELAPIS:
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

RESEPI KARI DAGING SIMPLE

Assalamualaikum..

Hari ni ummie rasa mengidam pulak nak makan kari daging..jom kita tengok resepi untuk masak kari daging yang simple dan cepat..=)

KARI DAGING YANG SIMPLE
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Ummie rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea…
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar. Ummie suka kuah kari yang pekat so airnya sikit. Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk. 
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing. 
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…







Friday, 24 June 2016

RESEPI FRUIT COCKTAIL BERSODA

Assalamualaikum..

Musim2 panas ni mmg terasa nak minum air sejuk je kn? Dapat pulak klu pekena Fruit Cocktail..perghhh...mmmg mengancam je rasa..hihi

Meh sini ummi share cara nak buat Fruit Cocktail yang tersangat la mudah tapi hasilkan mmg sedap..lazat dan memikat..=p

FRUIT COCKTAIL BERSODA 
Bahan-bahannya : 
1 Tin Susu cair
1 Tin Cocktail Buah-buahan
1 Tin Laici
1 Peket Jelly/ Sumi
Nata De'Coco
 Air gula (Gunakan air panas untuk mempercepatkan proses gula itu cair)
Ice Cube 
Soda (Optional)
Air masak (kalau terlebih manis)


Cara membuat:

Masukkan air gula, susu cair dan soda di dalam satu jag. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan cocktail buah-buahan, Nata De' Coco dan juga Jelly. Kacau lagi hingga sebati bersama. 

Dan masukkan ais..dah siap. Jadilah Cocktail yang mudah dan lazat..





nota kaki: Minum ni time musim panas mmg rasa nyaman je tekak..hihi

RESEPI KARI AYAM SEDAP

Assalamualaikum...

Bila sebut pasal kari tiba2 ummi teringat time mula2 kawen dulu..niat hati nak masak kari..buat2 la pandai masak kononnye..bila dh masak aduhhhhaiii...menangis2 mengadu kat encik somie bila lauk kari langsung tak sedap..smpai sanggup buang sbb tak nak encik somie rasa..

Alhamdulillah lepas beberapa kali ummi cuba masak kari akhirnya menjadi..encik somie pun puji sedap..hihi

Resepi ni antara resepi yang ummi follow untuk hasilkan Kari Ayam yang ohh..lalaaaa...hihi

KARI AYAM SEDAP
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.




Nota kaki: Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

RESEPI IKAN MASAK SAMBAL

Assalamualaikum..

Hari ni ummi nak share antara lauk feveret encik somie iaitu Ikan Masak Sambal..ble ummi masak lauk ni je confirm encik somie menjilat jari..hihi


IKAN MASAK SAMBAL

Bahan-Bahannya:
4 ekor ikan - ummi guna ikan kembung/selar
5 sudu makan cili kering kisar
4 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - dimayang bulat
1 batang serai - dititik

Bahan Blend/Tumbuk:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih


Cara Masak:

Goreng ikan hingga garing.
Gunakan minyak utk goreng ikan tadi utk tumis bahan blend/tumbuk dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
Masukkan air asam jawa, air, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan goreng dan bawang besar. Kacau rata. 
Masak hingga kuahnya pekat dan menyaluti ikan.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Siap!!



nota kaki: Kalau makan lauk ni dgn nasi panas mmg walllahhhh..

Thursday, 23 June 2016

RESEPI PUDING KOKTAIL



Assalamualaikum,

Al-kisah tetiba mlm td cik somie teringat zaman-zaman bercinta yg ummi pernah masakkan dia puding koktail..terus dia request nak makan puding hujung minggu ni..oleh kerana nk melayan kehendak suami tercinta terpaksa la ummi buat jgk "projek memikat hati suami"..huhu

So google punye google ummi jumpa resepi ni..

Agar Agar Buah Buahan Koktail
Bahan-bahan :
10 gram serbuk agar-agar
1 tin buah buahan koktail - tapis dan buang air
200 gm gula kaster (guna 150gm)
650 ml air
250 ml susu cair


Cara cara:
1. Masak serbuk agar agar, gula dan air sehingga agar-agar dan gula larut
2. Masukkan susu cair dan biar sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan buah buahan koktail.
3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang/acuan yang disukai. Sejukkan seketika sebelum disejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Credit to Mr Google

nota kaki: dah buat nnt ummi update gambar..

RESEPI NASI AYAM SIMPLE

Assalamualaikum..

Sejak dah kawen ni hari2 mmg wajib masak..bak kata org tua2..nak pikat hati suami kena pikat perut dia dulu..hihi

Antara menu yg selalu jgk ummi masak adalah Nasi Ayam!! Ummi pun tak percaya sbnrnye ummi pandai masak nasi ayam..padahal masa mula2 kawen dulu nak masak Ayam Masak Kicap pun ase nak menangis sbb tak tau..haha

Ok..meh kita usha2 resepi nak masak Nasi Ayam yang super simple tapi sedap ni..


NASI AYAM SIMPLE DAN SEDAP

Untuk Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong empat 
1 sup bunjut
1 labu bawang besar - dipotong empat  
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk 

Cara memasak:

1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang. Kuah perapan jgn buang..

3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 biji tomato, 5/6 tangkai cili padi (optional), 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili. Masak sampai pekat.

4. KUAH KICAP : Guna kuah perap ayam..

Untuk Nasi
Bahan-bahan
3 cawan beras - basuh dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam 
3 ulas bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 helai daun pandan - disimpul
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam 
Butter/Mentega

Cara memasak:

1. Panaskan minyak campur sedikit butter/mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, kacau hingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan pula beras dan kacau lagi. 

3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.


Siap!!



Sila la cuba resepi ni..insyallah puas hati..=)

RESEPI NASI TOMATO


Assalamualaikum..

Ramadhan tahun ni ummi excited cikit bab2 masak lauk untuk berbuka..siap ada senarai utk 30hari puasa lagi..hehe..

Antara yang ummi senaraikan adalah NASI TOMATO..walaupun tak penah hayat selama 28thn ni ummi masak tp still ummi masukkan jgk dlm lists..haha

So nk dipendekkn cerita alhamdulillah Nasi Tomato ummi menjadi dgn jayanye..dan cik somie pun terdampar kekenyangan lepas brbuka..


NASI TOMATO
(Hidangan utk 2/3 org)
2 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
2 biji tomato - cincang 
3/4 sudu sos tomato 
2 s/b majerin /minyak sapi 
3 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 2 cawan gak) 
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 
2 ulas bawang putih - hiris 
2 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
2 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..


Memandangkan time ummi masak ummi tak tangkap gambar..so kita tgk je la gambar dr hasil google ye..hehe

Credit to Mr Google

nota kaki: Nasi tomato sedap di makan bersama-sama ayam masak merah..=)