Thursday, 23 June 2016

RESEPI NASI AYAM SIMPLE

Assalamualaikum..

Sejak dah kawen ni hari2 mmg wajib masak..bak kata org tua2..nak pikat hati suami kena pikat perut dia dulu..hihi

Antara menu yg selalu jgk ummi masak adalah Nasi Ayam!! Ummi pun tak percaya sbnrnye ummi pandai masak nasi ayam..padahal masa mula2 kawen dulu nak masak Ayam Masak Kicap pun ase nak menangis sbb tak tau..haha

Ok..meh kita usha2 resepi nak masak Nasi Ayam yang super simple tapi sedap ni..


NASI AYAM SIMPLE DAN SEDAP

Untuk Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong empat 
1 sup bunjut
1 labu bawang besar - dipotong empat  
3 ulas bawang putih - di ketuk
1 inci halia - di ketuk 

Cara memasak:

1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang. Kuah perapan jgn buang..

3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 biji tomato, 5/6 tangkai cili padi (optional), 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili. Masak sampai pekat.

4. KUAH KICAP : Guna kuah perap ayam..

Untuk Nasi
Bahan-bahan
3 cawan beras - basuh dan toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam 
3 ulas bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
1 helai daun pandan - disimpul
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam 
Butter/Mentega

Cara memasak:

1. Panaskan minyak campur sedikit butter/mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, kacau hingga sebati dan pecah minyak.

2. Masukkan pula beras dan kacau lagi. 

3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.


Siap!!



Sila la cuba resepi ni..insyallah puas hati..=)

No comments:

Post a Comment